seiring menjadi yang terbaik :)

by eqahashim


assalamualaikum wbt.

apa khabar semua? sihat?
eiqah alhamdulillah semakin sihatlah
tak pernah lupa makan ubat :)

masa semakin hari semakin berlalukan?
setiap orang pasti nak berubah.
begitu juga eiqah :)
eiqah dah boleh terima kenyataan pada diri eiqah
eiqah nak jadi seorang mulimah yang baik insya ALLAH
dah mencuba dan alhamdulillah eiqah rasa sangat tenang :)

kawalan perasaan?
eiqah dah tak banyak cakap dah
cakap dengan geng pun berpatutan
tapi diorg hairan juga kalau eiqah diam memanjang 
kalau bab bergurau, eiqah masih boleh kawal
then, kalau org tegur kesilapan eiqah, eiqah dah tak simpan dalam hati
part paling seronok kalau bergurau dengan mereka 
eiqah berasa gembira sangat tapi hati eiqah bila dah ketawa mula jadi sayu
kenapa ek?

pada eiqah semua yang berlalu pasti ada hikmahnya
kita cuma manusia biasa
haha. eiqah rindu kawan-kawan eiqah :)
seronok bila berdampingan dengan mereka
sedangkan mereka tak tahu apa yang eiqah sedang sembunyikan di dalam hati eiqah
mereka tak sokong pun apa yang eiqah lakukan dengan hati eiqah 
tapi eiqah tetap dengan pendirian eiqah

kalau soal hati dan perasaan
eiqah juga berserah kepada Maha Berkuasa 
kalau ada, adalah nanti
perjuangan masih panjang 
cita-cita eiqah pun masih belum eiqah kecapi
impian eiqah masih belum pasti
tapi hati eiqah tetap pada yang satu
dan tetap pada orang yang sama
 eiqah tetap akan tunggu dan berharap :)

hm. sebenarnya, kalau hati kita kuat semua boleh jadi
yang penting percaya pada diri dan jangan pernah sesali apa yang pernah berlaku
jadikan ia sebagai satu pengajaran hidup :)

dahulu eiqah tak pandai nak motivasi diri sendiri
sekarang eiqah semakin yakin dengan diri eiqah
eiqah percaya pada diri eiqah
tepuk dada tanya selera la :p

eiqah ingat satu ayat yang sangat berguna,
"sayang diri sendiri barulah boleh sayang orang lain"
betul! eiqah sokong ayat tu
kalau ada masalah jangan siksa diri sendiri
jangan jadi orang lain kalau nak orang sayang kita
kalau betul orang itu sayang kat kita,
dia akan terima siapa diri kita tak kira paras rupa
jadi terimalah orang yang menyayangi diri anda

dari segi rohani pula
 jangan lupa dan tinggalkan solat 5 waktu 
kalau tak nak hati dikotori banyak2lah buat solat hajat dan bacalah Al-Quran setiap hari
itu tips eiqah untuk korang 
sebab itu yang eiqah amalkan setiap kali habis solat Isyak 
alhamdulillah korang pasti rasa tenang

jangan salahkan diri sendiri kalau pernah buat salah
senyum dan cakap dalam hati
"itulah pengajaran untuk aku" 
kalau orang marah kita jangan lak melenting
jadikan ia sebagai  semangat baru 
then, kalau ada orang sindir kita
jangan lawan, diam sahaja sudah memadai
sebab anda tak buat salah pun kan?
jadi jangan lawan

ek? dah jadi sesi kongsi mengongsilah pulak :)
haha. hm.
eiqah adalah manusia biasa macam korang semua
tapi eiqah masih dan tengah berusaha
untuk menjadi seorang yang baik di mata ALLAH bukan baik di mata manusia
sebab eiqah tahu, tak semua orang sempurna di dunia yang sementara ini.

itu sahaja eiqah nak kongsi :)
TATA

 
 



 


 
 

Enjoy reading? Please Leave Ur Step. Thank You^^

2 si Katak:

✿INA AINAA✿ on July 14, 2012 at 5:44 AM said...

hidup nie kalau di atas sahaja, tak syok juga an.. biasalah tu, hidup ni merupakan ujian kepada kita.... Alhamdulillah kalau mahu berubah kearah kebaikan.. melakukan kebaikan bukan perkara yang memalukan, malah itu menunjukkan kita masih disygi oleh Allah

eqahashim on July 14, 2012 at 6:01 AM said...

yup :) setiap apa yang telah kita jalani di dunia ini memang ada pengajarannya. semua yang dilakukan kat dunia ada hadnya kan? jadi berbahagialah selagi mampu. :D

Katak Setia :*