manusia, dendam, ilmu hitam

by eqahashim
assalamualaikum wbt.

dalam dunia yang serba moden begini 
tak kira tua atau muda 
mesti ada di antara manusia 
yang masih mengamalkan ilmu hitam 
disebabkan dendam
betul tak?

tak payah ambil contoh jauh
dalam drama atau movie melayu
selalu saja ada kaitan dengan perkara macam ni

kenapa?
adakah kerana harta?
adakah kerana tidak puas hati?
adakah kerana dendam?
adakah kerana tidak suka tengok orang bahagia?

kadang-kadang memang aku pelik
susah sangat ke kalau tak perlu nak berdendam?
kalau memang ditakdirkan kehidupan kau macam tu
jangan susahkan orang lain
jangan nak guna ilmu hitam
jangan nak berdendam

tak akan ke mana pun kalau kau guna ilmu hitam
lambat laun kau akan jatuh juga
tak di dunia, di akhirat kelak

mungkin sekarang kau dah rasa bahagia 
kerana kau sudah dapat munsahkan orang lain
tapi kau perlu ingat, suatu hari nanti?
kau tak dapat tahu
nasib kau boleh berubah

cubalah bersyukur dengan cara yang orang dah layan kau
at least orang dah dapat terima dah baik buruk 
yang kau pernah buat sebelum ni

apa dengan adanya ilmu hitam kau punya segalanya?
berjanji dengan iblis dan jin
kau rasa kau dah dapat jadi Tuhan?

janganlah nak menjatuhkan orang lain
janganlah nak musnahkan orang lain
kalau benda yang kau nak tak dapat

harta benda? kau boleh usaha
suami? kau boleh kawen lagi
duit? kau boleh kerja

jangan ambil cara mudah
itu saja pesanan aku

semoga suatu hari nanti kau akan sedar
walaupun agar tipis ke arah itu
tetapi aku tetap akan berdoa
dan aku yakin
suatu hari nanti tiba masanya
ALLAH akan bukakan mata kau

*mohon maaf jika terkasar bahasa, emosi :P*
TATA!



Enjoy reading? Please Leave Ur Step. Thank You^^

0 si Katak:

Katak Setia :*