assalamualaikum wbt :)
lama dah menyepi so harini aku nak kongsi pengalaman aku kononnya travel alone la sangat, sbenarnya aku nak pergi jauh lagi tapi memandangkan aku masih cuba2 jalan seorang ni n biasalahkan mum n dad a bit fussy susah sikit nak pujok, tapi so far hm, green light aku dapat. malah mereka izinkan aku pergi jauh lagi, yes, memang meloncat2lah kan rasa hati, alhamdulillah, janji pandai jaga diri n jangan lupa solat n ingat Allah, tu je pesan mereka :) passport dah ready! aum~
okay, jum join sekaki jalan jalan dengan aku :)
so, aku naik flight pukol 6.15 sampai airport pukol 6.45 ptg, ok ptg. dan ini adalah first time aku travel alone kira macam first time la sorang naik terbang kan. kenapa aku berani travel alone kali ni? kenapa pulak mak bapak aku setuju aku travel kan? jarang sekali bena ini berlaku. tapi aku nekad juga. niat tu penting, niat itulah jadi pengukuh aku ni. fuh.
sebenarnya kan aku nak pergi KL o Pulau Langkawi o sewaktu dengannya, haritu adalah plan nak pegi sana tapi mungkin belom masanya kot tambahan lagi bajet masa tu alang2 nanti pegi pun rasa macam alang2. so, aku nekad nak travel alone sendirian berhad dulu di tempat yang berdekatan dengan tempat aku. nak guna kereta bajet lagi besa nanti lari pulak bajet aku, naseb baik tak bermalam di hotel, kira jimat la masa ni, simpan untuk kemudian hari pulak kan kan? aih! tipu cakap aku tak seram oi! aku ni dalam katogeri manusia yang erm nak cakap macam mana eh, tak berapa nak berani sangat ah jalan seorang orang sebab bagi aku leceh sangat and rasa macam forever alone tapi tak apa laa, aku cabar jugak diri aku sorang2 jadi ni la destinasi pertama aku. kira sama la kan macam pengalaman pertama. seronok! and mencabar kot,
okay! sekarang aku nak citer sikit macam mana detik perjalanan aku, aduh! korang tahu tak, hari ini aku lewat datang airport, err. korang bayangkan dari kampong aku jarak airport boleh ah kira jaoh 1 jam and guess what, mak aku manage hantar aku dalam masa 30 min saja -.- serius beb seram gila aku jadi penumpang. naik berbual rasa perut aku dah la makan bubur je masa tu, biasalah aku kan balik keje malam. naseb baik aku awal2 lagi dah cek in dan best nya sampai saja aku terus boarding. nasib baik tak kena tinggal flight kalau tak, abis hangus lagi aku punya tiket, hahaha!
korang tahu aku masa tu nervous gila beb! rasa nak jatuh ja jantong aku. aih! naseb baik abg2 pamugara tu semua hensem2 belaka dan buat demo pun sebelah aku ja. Ya Allah! jaga mata jaga iman! lagi lagi seronok kiri kanan seat aku kosong! Aku bebas. Memang satu barisan tu aku sapu semua. aduh, Alhamdulillah! perjalanan pun tak ambil masa yang panjang dan sampai airport tunggu kawan ambil. so, sampai sekarang aku sangat sangat bersyukur! alhamdulillah perjalanan aku setakat ni okay saja. tiada yang sukar, hihihi. sampai rumah terus selesaikan apa yang patut, then pergi makan. adalah jalan sekejap pergi kedai berdekatan sana, tengok apa yang perlu, kawan aku ni lucu sikit, hahahaha! so malam tu aku rehat je, xklua mana2 penat kot, hahaha
dalam pukol 12 malam lebih gak sampai rumah, hilang rasa penat bila hati rasa puas, alhamdulillah, dugaan memang ada kala kita susah dan senang tapi kita sendiri kena kawal keadaan itu berpandukan diri kita sendiri. hati yang penting sekali, cari gali korek hati kita sendiri tanya adakah ia jalan terbaik untuk kita n cari cara untuk settle semua dengan jalan yang diredhai, jalan yang menenangkan diri kita, kita mungkin rasa seronok hari ini, gembira bahagia dan seperti dunia ni kita saja yang punya tapi ingat, even dalam satu hari dunia boleh berubah kan? jadi sebelom tidur aku selalu muhasabah diri, alhamdulillah sampai subuh tido lena tau. banyakkan berselawat sebab masa tidur ni selalunya malaikat dan syaitan akan berlawan, jadi buat baik sebelom tidor, jangan tido ayam sudah
malam tu pergi steamboat. yang ni aku suka, kambing dia pergh!!! rasa aku nak tambah 10 kali tapi kalaulah perut aku boleh tampong banyak tu kan kan kan? haha.
inilah malam terakhir aku di Kuching, spead time dengan ahli keluarga kawan aku ni. adek dia semua sporting, dan paling best aku rasa macam orang kerdil sebab semua mereka tingga gedabakkk! aku sangat kecil dan pendek lagi kemetot dan comel lagi manis :p hahahahahahaha, tapi serius mereka tinggi gila, aku terkejut sampai nak jadi berok tau. ala, acah je, tapi memang terasa diri ini sentiasa comel. hehe, yalakan, rare aku bergaul dengan hamba ALLAH yang bersaiz macam tu, i mean sangat sangat ;o serius tapi best :) puas hati dan tip top! Insya Allah ada masa aku akan singgah lagi jengok mereka ni. minta doakan umur panjang lagi kat dunia ALLAH ni, Insya Allah.
jadi ini sahaja la perjalanan aku, agak bosan sikit sebab aku tak terambik banyak gambar sebab terlalu teruja! kalau nak gambar muka aku banyak, nak? tak payah la, itu untuk insan yang istimewa suatu hari nanti, hihi. angan2 buk eqah. tak apalah, janji hati puas dan dapat jugak perjalanan yang bermanfaat untuk diri, tak tahu apa yang manfaat sangat tu tapi boleh laa, err? baiklah aku tutup topik aku dengan mukadimah TERIMA KASIH, itu saja! XOXO!
0 si Katak:
Post a Comment