assalammualaikum wbt.
tadi eiqah surfing punya surfing eiqah jumpa satu link ni. eiqah masoklah kan. eiqah pun memerlukannya sebenarnya. so, lepas eiqah baca link tersebut eiqah rasa boleh tahan juga. tajok link tersebut ialah 'Tips Interview KPLSPM. Nak Jadi Cikgu Tak??'
haa. memang eiqah memerlukannya. eiqah kan nak pergi interview ni. wow! seram sejok satu badan. takutlah jugakan. hm. tapi eiqah doakan yang terbaik dan dapat menjalani temuduga tersebut dengan lancar. doakan eiqah eh! tett! sekali lagi eiqah merayu kepada semua. hehe :P
baiklah. sebab utama eiqah buat entry ni ialah untuk kongsi link tersebut kepada kekawan eiqah yang akan menghadiri temuduga maktab tersebut. eiqah harap ni dapat menbantu serba sedikitlah kan dan eiqah doakan kita sama2 berjaya dalam temuduga itu nanti dan sama sama pergi sambung belaja dekat maktab seperti yang kita inginkan. AMIN! AMIN! AMIN! :)
kalau nak cek sendiri blog tersebut boleh pergi ke blog Cik Kici eh. selamat membaca :)
Kita mulakan dari hari anda mendapat keputusan SPM. Biasanya beberapa hari selepas keputusan SPM keluar akan ada pengumuman di internet mengenai Kursus KPLSPM ni, jadi anda kenalah sentiasa cari maklumat dalam internet berkaitan Kursus ni. Selepas tu, kamu kenalah membeli Pin Kod unik yang boleh kamu beli di BSN (Bank Simpanan Nasional) untuk membolehkan kamu mendaftar diri kamu untuk pemilihan ke sesi temuduga. Ingat, jangan tak beli…paling bagus anda belilah awal2~~~ register awal2~~ Kemudian bab register, semasa register online tu jangan lupa masukkan semua maklumat diri dengan betul, dan kamu kena fokuskan dekat bahagian pencapaian kamu dalam akademik dan kokurikulum…penting tu….!! Bila isi info kokurikulum kamu, jangan lupa simpan saja pencapaian terbaik kamu dan juga jawatan tertinggi yang kamu pernah pegang…. kalau memang kamu tiada pencapaian yg baik dlm kokurikulum, tak ape….kamu tipu-tipu jer letak yang ok sikit….yang penting kamu benar-benar nak jadi cikgu!!
permintaan kamu untuk ke interview KPLSPM….check tau kalau dah sampai waktunya….jangan berlengah, takut nanti kamu terlepas tarikh temuduga kamu… Kalau dah dapat, jangan lupa mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Jadi sekarang, kamu jangan terlalu gembira dulu….sebab itu baru fasa pertama~~~ sepanjang tempoh sebelum sampai tarikh temuduga itu, kamu kenalah banyak membaca info2 berkaitan dengan pendidikan, peranan cikgu, program2 yang dijalankan di sekolah, dan juga isu2 semasa di sekolah. Jangan pandang remeh semua tajuk ni, sebab anda bakal berhadapan dengan pensyarah yang akan menyoal soalan yang kita tidak boleh duga.
Pada hari temuduga tersebut, awal2 tu kamu kena prepare dengan sebaik mungkin ….jangan terlalu tidur lewat, takut nanti kamu akan rasa tidak bermaya ketika temuduga, jangan lupa juga sediakan semua dokumen yang diperlukan seperti sijil, kad pengenalan kamu dan dokumen penting yang lain(rujuk surat tawaran)…..Kalau boleh sampai awal di tempat temuduga, sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling di tempat temuduga……jangan sampai lewat, sebab anda mesti akan dapat markah lebih…markah lebih untuk kena reject.
Biasanya, temuduga akan dimulakan dengan pembahagian kumpulan….cuba jadi seoorang yang ramah dengan ahli-ahli kumpulan anda….sebab ini boleh membantu anda menghilangkan rasa malu ketika bercakap di depan mereka……Anda akan dikehendaki menyusun dokumen penting and mengikut urutan yang betul, jadi pastikan semuanya ada ok.
Kemudian, akan ada pensyarah yang akan datang mengutip fail kamu, dan seboleh-bolehnya senyum dengan pensyarah/petugas itu(cara nak ambil hati^^,)…..kamu akan menjalani satu ujian bertulis, terdapat lebih 200 soalan, tapi jangan risau…semuanya adalah soalan yang senang dan pengetahuan am mengenai sikap yang mulia.
Temuduga biasanya akan dimulakan dengan berkumpulan, maknanya kamu akan ditemuduga bersama-sama dengan ahli2 kumpulan kamu. Bab berkumpulan ni, kamu kena berani dan yakin…..Kamu akan diberi satu tajuk, dan pensyarah akan tanya siapa kah akan mulakan…..sebolehnya kamu volunteer la jadi yang pertama untuk mulakan debat yang boom boom meletopp tu k~~~ cuba berikan pendapat kamu yang tersendiri, jangan terlalu ikut pendapat ahli2 yang lain, ini akan membuatkan kamu jadi special sikit….jika kamu tiba2 kehabisan idea, cuba berpura-pura tanya pendapat ahli2 yang lain….jangan jadi kaku……bila idea kamu dah ada lagi, kamu terus menyampuk dengan cara yang baik, jangan kurang sopan k(penting)…..bercakap sebanyak yang mungkin, kerana itulah markah anda…..bercakap tu mesti penuh dengan keyakinan, jangan gugup….sebab jadi cikgu kena berani~~~ ^^
Selepas, temuduga berkumpulan, kamu akan disuruh keluar…..dan sesi temuduga perseorangan akan bermula…..kamu akan dipanggil seorang demi seorang….. baca doa dulu sebelum masuk ke bilik semula~~~~mohon petunjuk dari Tuhan, percayalah, Tuhan pasti akan bantu anda…..
Dalam sesi temuduga perseorangan, kamu akan disoal dalam dua bahasa utama, BM dan BI….bagi yang mengambil bahasa cina…mereka biasanya akan disoal dalam bahasa mandarin…….jadi bersedialah, pensyarah akan mengajukan pelbagai soalan tentang isu sekolah, peranan guru dan program di sekolah.. kamu juga akan ditanya tentang diri kamu….. semua itu kamu kenalah jawab dengan yakin dan senyuman mesti sentiasa terukir di bibir kamu k…. walaupun kamu salah atau tidak tahu sekalipun tentang apa yang ditanya…kamu kena juga jawa dengan yakin….sebab Kici pun menghadapi saat2 seperti ini, dimana pensyrah menyoal mengenai program kitar semula, tapi Kici fikirkan soalan tentang program keselamatan di sekolah …..tapi, syukur kici dapat juga markah penuh..tahu kenapa?? Sebab Kici jawab dalam jawapan yang logik……ingat jawab dalam logik…jangan tunjukkan muka tak tahu…..k… Kadang2 kamu juga akan disuruh berkawat..terpulang kepada pensyarah/petugas yang jadi penemuduga itu…kamu buatlah dengan baik2,walaupun tak tahu langkah, tapi cuba ingat langkah yang mungkin kamu pernah nampak….buat denagn yakin…~~
Kepada yang lemah dalam bahasa inggeris (speaking)….jangan risau, cuba ambil masa untuk susun ayat yang mudah untukmenjawab soalan BI yang diajukan…ingat jangan gugup…..cuba anggap penemuduga itu adalah keluarga anda……cuma perlu jawab dengan tenang jer k….
Selepas itu, habislah sesi temuduga kamu….
kamu sekarang cuma perlu tunggu keputusan temuduga kamu…..sentiasalah kamu memohon berkat dari Tuhan, sebab kadang2 permintaan kamu akan tercapai juga…. yang penting kalau kamu tak dapat, tak apa juga…jangan putus asa, boleh merayu lagi…ataupun minta lagi tahun depan….. Kici pernah dengar guru peltih yang meminta sehingga 5 kali untuk msuk kursus ni….jadi, usaha itu sangat penting k…
Kici harap post kali ni dapat bantu semua pelajar yang ingin jadi seorang cikgu..semoga berjaya..sekian.
haa. dah bish membaca? semoga ni dapat membantu kita serba sedikit eh okay. TATA! :) semoga kita semua berjaya!
9 si Katak:
gud luck ye dear..
=)
all the best eiqah...
and good luck...
okay. tq guys :) hehe
waa..guru to be...wawa..gudluck yea...da masuk bidang ni jgn penah myesal k...
insya ALLAH tak menyesal. AMIN! :)
k.thanks so much for your information.all da best
Semoga berjaya....yang penting confident tu kena ada..nak jadi cikgu kena berani bercakap...^^
ok tq :)
thank u 4 the information
very useful 4 me...........:]
Post a Comment