apa itu CINTA SEJATI?

by eqahashim
assalammualaikum wbt.

hari ini eiqah ada lagi benda yang nak dikongsikan. apa dia? alaa. pasal cinta lagi dan lagi. derr. macam tak biasa aja :P okay okay. this entry is dedicated to my bestie AMANINA binti ALI BORHAN :D and for someone that I love :) you know who you are :) lalala. sumbernya ialah dari Motivasi Cinta Dato' Fazleyy :D enjoy enjoy. jum kita mulaa~


Cinta yang hadir tanpa dipaksa lebih indah daripada memaksa diri untuk mencintai atau dicintai. Maka jangan terlalu mencari atau mencuba kerana ia bakal melukakan dan menghancurkan. 
Cinta itu indah apabila kita suburkan dengan bertolak ansur, faham-memahami, sabar menyabarkan, percaya-mempecayai. Namun apabila racun curiga-mencurigai menempias jiwa, tertanamlah benih kebencian.
Jangan benarkan cinta menguasai hidup kerana ianya bakal membuat kita lupa diri, lupa tanggungjawab serta lupa insan-insan yang sama peting dalam hidup kita. Sebaiknya kuasai cinta agar kita yang mengawal keadaan dan perasaan dengan akal dan fikiran bukan nafsu yang jadi penentu.
Cintai dia seada dirinya, terima hatinya seadanya dia, kasihkan kelemahannya seadanya dia, sayangkan kekuatannya seadanya dia agar dia berasa dihargai, agar dia mampu menjadi yang lebih baik agar dia menerima anda seadanya anda, agar dia mampu menjadi pasangan yang sempurna buat anda.
Ketika berjauhan dengannya, nyatakan kepadanya rasa rindu agar dia mengetahuinya, apabila berdekatan dengannya, nyatakan kepadanya rasa sayang agar dia rasa dihargai, lalu jika dia berkecil hati nyatakan maaf agar dia rasa difahami. Perkataan mencerminkan seribu rasa.
Jika cinta itu buta, takkanlah masih ramai yang memilih rupa n harta. Sebenarnya cinta itu berbeza paksi, antara nafsu dan keikhlasan. Pastikan apa paksinya lalu baru lafazkan cinta kembali kepada mereka yang cuba untuk memberi.
Cinta adalah apabila kita sentiasa rasa seperti sesuatu yang tidak kena apabila kita tidak bersama si dia dan apabila kita merasakan bahawa ianya tidak akan berakhir. sampai bila-bila.
Cinta seharusnya bak air hujan yang hadir ketika kemarau panjang atau bak tepian pantai yang pasirnya putih bersih dan air lautnya biru jernih.
Cinta adalah umpama pokok bunga mawar yang akan berbunga ketika tiba waktunya, namun jika ingin bunganya mekar cantik, air (keikhlasan), baja (kasih sayang) dan matahari (perhatian) haruslah mencukupi.
Sesekali nyatakan kepadanya "Sayang, aku mencintaimu bukan kerana siapa dirimu, tetapi diriku apabila aku bersamamu"
Cinta itu adalah impian setiap insan, seolah-olah ianya satu obsesi, setiap orang menginginkannya, semua orang mencarinya namun hanya segelintir yang berjaya menemuinya. Buat mereka yang berjaya mendapatkannya harus menghargainya dan jangan lalai untuk memeliharanya sebaik mungkin.
Apabila cinta hadir, dunia anda mungkin berubah, perasaan yang indah-indah membuai jiwa, bibir sering terukir senyuman, mata bersinar bak permata dan tutur bahasa sering dikawal rapi. Namun jangan sampai anda menjadi orang lain dan mencipta personaliti diri yang lain hanya untuk memuaskan hati si dia.
Rasa cemburu sering dijadikan tanda penguat kasih sayang. Namun cemburu, biarlah berpatutan, biarlah bertempat, biarlah tak keterlaluan, biarlah kena pada masanya, biarlah tidak sampai mengongkong dan biarlah menjadi pengikat kasih sayang bukan melemaskan jiwa.
Setiap pohon yang tumbuh sihat berdaun segar, berakar kukuh, berbuah manis, berputik sentiasa, berdahan anjal, berkulit kenyal masih memerlukan air dan cahaya matahari dan ada ketikanya baja penyubur begitulah jua cinta.
Hati-hatilah apabila anda sedang marah, kecewa, geram dan tertekan. Berfikirlah sebelum meluahkan kata-kata kepada pasangan anda. Seringkali keadaan ketika jiwa bergelodak akan menyebabkan kita menghamburkan kata-kata yang terlalu menyakitkan sedang kita langsung tiada niat untuk melukakan si dia sedalam itu.
Cinta tidak perlu dibuktikan atau membuktikan sesuatu. Perbuatan sering melambangkan segalanya walaupun cinta tidak kerap dilafazkan.
Jangan meminta untuk cinta dilafazkan kerana harus keluar sendiri dan jangan pula terlalu kerap, melafazkan kerana ia nanti tidak bererti.
Jika terlalu sukar untuk menyatakan betapa anda cinta padanya, carilah lagu yang mempunyai lirik yang mencerminkan isi hati atau puisi yang boleh menuturkan bisikan hati anda atau video, di youtube yang mampu meluahkan perasaan anda dengantepat, lalu e-melkan kepadanya, pendengarkan kepadanya atau pertontonkan kepadanya agar si dia tahu apa yang ingin anda lahirkan.
Carilah insan yang mencintai anda kerana hati anda. Bukan rupa paras yang merasakan tutur kata anda manis dan bukan bibir anda yang cantik, yang merindukan perhatian anda bukan belaian anda dan yang sering risaukan keadaan anda bukan apa yang anda pakai.
CInta itu bak garam dan gula. Terlebih bakal memudaratkan, Terkurang pula jadi kurang enak. Biarlah letak secukupnya rasa ikut selera hati.
Jika benar anda cintakan dia, nyatakanlah. Jangan terlambat, ambil risiko itu kerana kalau anda tidak lafazkan dengan jujur tentang perasaan anda, dia mungkin menjadi milik orang lain dan anda takkan dapat tahu sama ada anda berpeluang untuk bersamanya atau tidak.
2 perkara terpenting yang perlu setiap insan pelajari tentang cinta ialah bagaimana untuk memberikan cinta kepada seseorang dan membenarkan cinta itu hadir ke dalam hidup kita apabila seseorang cuba memberinya.
Cintai dirinya kerana siapa dia sebenarnya dan bukan siapa yang dia cuba jada kerana anda. Jika benar anda cintakan dirinya, terimalah dirinya di dalam serba kekurangan dan hargai kelebihan dirinya di sebalik apa yang dia tiada.
Jangan benarkan cinta menguasi diri kerana kelalaian, kecuaian dan kelekaan akan mengambil tempat lalu cinta akan menjadi sengsara. Kuasai cinta agar segala-segala keputusan dibuat sebaik-baiknya dan sematang-matangnya.
Cinta itu indah seperti air laut yang biru jernih, tanpa sebarang pencemaran apabila disulami keceriaan dan kepercayaan, namun akan jadi bergelodak seperti tepian pantai yang kotor dan berlumpur apabila dipenuhi cemburu tak bertempat dan kesangsian.
Rindu sering kali bak sebiji batu yang besar menghimpit hati. Semakin lama menanggung semakin besar batu itu. Semakin dalam rindu itu semakin banyak batu yang menghimpit. Semakin kuat rindu itu semakin berat batu yang sedia ada menghimpit.
Fikirkan sejenak, mana yang lebih menyeksakan, cinta yang mendalam namun tidak dibalas atau cinta yang utuh tetapi dicurangi, atau cinta yang sejati namun dihalang atau cinta yang ikhlas tetapi tidak dihargai atau cinta yang abadi namun tidak peduli!
Jika benar anda mencintai si dia, suburkan percintaan itu dengan kata-kata pujian dengan lafaz terima kasih, dengan perbuatan yang menyenangkan hati dan dengan pemikiran yang sering bersangka baik.
Sesekali kembalikan nostalgia lama dengan menulis surat cinta dan bukan menghantar SMS cinta, menghantar melalui pos kad ucapan, dan bukan e-melkan kad elektronik, menghantar, sejambak bunga segar dan bukan MMS pesanan bergambar bunga.
Jangan terlalu kedekut menyatakan betapa anda mencintainya. Jangan terlalu kurang menyatakan kerinduan kepadanya dan jangan terlalu sedikit mengucapkan terima kasih atas setiap apa yang baik dilakukan untuk anda.
Cinta jangan dipaksa kerana yang hadir bakal menberikan kasih sayang yang pasang surut dan tidak berkekalan.
Gurau senda perlu dalam sebuah percintaan, agar ia kekal menarik, mesra dan intim sampai melukakan dan yang menerima gurauan jangan lekas terasa.
Cinta ibarat bumi yang kemarau dan sentiasa menantikan hujan untuk membasahinya agar benih yang sedia tertanam mula berputik.
Jika cinta yang diberikan tidak berbalas, mungkin cinta itu bukan untuknya, kerana ia mungkin milik insan yang jauh lebih baik dan sesuai.
Cinta tak perlu dibalas, namun ia perlu dihargai, dipelihara, dirawat, dijaga, dirapikan, disanjungi agar ia berbaloi untuk diabadikan selamanya.
Rindu yang datang sekali-sekala bakal merapatkan sesebuah perhubungan yang dahagakan kemesraan. Jangan abaikan keperluan untuk membarikan ucapan 'rindu' sekali sehari agar hubungan kekal rapat.
Bayangkan, tatkala anda sedang bersarapan pagi, lalu mata anda terpandang mata si dia menatap wajah anda dengan senyuman terukir di bibir, dikala itu jatung anda berdegup kencang. Itulah kelebihan bercinta seikhlasnya, perkara yang kecil dan ringkas boleh membahagiakan.
Jika si dia sanggup membatalkan hasratnya untuk bermain futsal atau bola, jika si dia sanggup membuat u-turn untuk kembali bertemu anda walaupun sudah hampir tiba di tempat yang dituju, jika si dia sanggup berhenti makan untuk mendengar anda bercakap, jika si dia sanggup membuat segalanya demi anda maka dia mungkin orangnya.
Ada ketika di dalam percintaan, kata-kata menyakitkan namun ia adalah untuk menyedarkan. Jangan merajuk terlalu lama, jangan juga berdendem lalu membalasnya. Belajarlah untuk bertolak ansur dan bersifat terbuka dengan kritikan yang membina.

(Ikhlas & Jujur + Kasih Sayang) - (Buruk Sangka + Cemburu) = CINTA ABADI :D

sekian sahaja. sudah habis dah. btw, eiqah suka dengan motivasi ni. even ya terkena batang hidung eiqah sendirikan tapi eiqah mula meyedari. eiqah sayang kamu! haiz. eiqah akan cuba berdiri di sini untuk pertahankan apa yang eiqah miliki! insya ALLAH tapi kalau memang dah tak dapat tak apalah kot. tapi eiqah tetap dengan pendirian eiqah! dan eiqah akan jaga cinta yang ada dalam hati eiqah sampai tiba masanya nanti. remember, JODOH itu rahsia ALLAH! tapi tak salah kita usaha. jiayou! :) no hard feeling~

okay okay! hope enjoy! TATA :D 

Enjoy reading? Please Leave Ur Step. Thank You^^

0 si Katak:

Katak Setia :*