assalamualaikum wbt.
hari ni eiqah cuma nak share ni je. kalau tanya eiqah nak lupakan bekas kekasih eiqah? masih belom dapat lagi. ntah la. nanti nanti kalau hati dah terbuka nak lupa baru eiqah ikut benda ni. tapi tengah usaha jugak ni. yeah yeah. nanti kalau eiqah dah betul betul nak lupakan dia eiqah pandai pandai sendirila. tapi eiqah tegah berusaha la ni. doakan kejayaan eiqah. muahahahah~:D
sumber : Blog Ammar
1. Anggap dia tidak pernah wujud
Kita lebih mudah melupakan bekas kekasih yang melukakan hati kita
terlebih dahulu. Berhentilah berharap dia menjadi milik anda suatu hari
nanti sebalikkan melupakannya sampai bila-bila. Anggaplah dia tidak
pernah wujud di dalam kamus hidup anda. Ada akan dapat hidup dengan
lebih tenang dan bahagia bersama insan tersayang selepas melupakan kisah
silam yang memeritkan itu.
2. Jangan hubungi dia lagi
Elakkan SMS, chatting, telefon dengan bekas kekasih anda kerana itu
membuatkan anda kembali jatuh hati kepada si dia. Mungkin jika anda
mempunyai kekasih baru, kekasih baru anda itu cemburu apabila mengetahui
anda masih berhubung dengan bekas kekasih. Jagalah hati kekasih baru
anda supaya dia tidak terluka.
3. Jauhi kawan-kawannya
Elakkan berkawan dengan kawan-kawan baik bekas kekasih anda kerana
untuk mengelakkan anda mendengar cerita mengenai bekas kekasih anda. Itu
membuatkan anda mengingatinya kembali. Tutup buku lama dan jangan
pernah membuka buku lama itu. Simpanlah sebagai kenangan masa silam.
Jangan pernah bercerita atau mendengar cerita mengenai dia lagi.
Elakkan dari duduk bersendirian kerana saat bersendirian itu
membuatkan anda mengingati kembali kepada si dia, sebaliknya sibukkan
diri dengan perkara berfaedah. Sebaiknya bersukan pada hujung minggu
untuk membuatkan diri anda lebih ceria dan cergas. Bermain futsal,
bolasepak, badminton dan sebagainya boleh membantu meningkatkan
kesihatan tubuh badan anda.
5. Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga
Keluar bersama kawan-kawan atau keluarga ke tempat tempat menarik dan
mempunyai permandangan yang menarik dan berudara segar. Udara segar
dapat membantu mengurangkan stress dan minda anda akan sentiasa
berfikiran positif. Jauhkan diri dari bandar kerana kehidupan bandar
tercemar dengan udara yang tidak sihat. Asap-asap kenderaan boleh
menjejaskan kesihatan.
Jangan sesekali bersendirian kerana saat itu
membuatkan anda mudah terfikir kepada bekas kekasih. Emosi anda mudah
terusik apabila bersendirian. Tiada siapa yang menasihat anda ketika
bersendirian dan anda mungkin sering salah membuat keputusan. Anda
mungkin berada diantara dua, melepaskan dia buat selama-lamanya atau
masih berharap untuk mendapatkannya.
7. Pergi beriadah
Beriadah adalah langkah paling berkesan untuk mengelakkan diri dari
stress dan seterusnya melupakan segala masalah yang dialami selama ini.
Berjoging bersama teman-teman atau keluarga dapat meningkatkan aurat
positif kepada badan anda dan seterusnya anda akan terasa gembira dan
bahagia hidup di alam ini walaupun dia telah pergi meninggalkan anda
tetapi masih ada lagi insan yang berdampingan dengan anda.
8. Lupakan saat-saat manis bersamanya sebelum ini
Saat-saat manis bersama bekas kekasih merupakan saat yang tidak dapat
dilupakan oleh kebanyakan orang. Tetapi tidaklah mustahil jika
seseorang itu dapat melupakan saat-saat manis itu. Anggaplah saat-saat
manis bersama bekas kekasih anda itu sebagai satu mimpi dan ianya akan
hilang apabila anda bangun dari tidur. Yakin dan pasti bahawa anda mampu
melupakan saat-saat itu.
9. Jangan simpan barang-barangnya
Lumrah bercinta, selalunya memberi hadiah kepada kekasih adalah
sesuatu yang selalunya terjadi. Semasa bercinta semuanya benda yang
disukai oleh pasangan anda itu membuatkan anda terdetik untuk
menghadiahkan sesuatu benda yang disukainya itu. Jika anda betul-betul
ingin melupakannya sebaiknya simpanlah barangan itu di sebuah tempat
yang jauh dan tidak dapat dilihat lagi. Jauhkan barang-barang yang
dihadiahkan olehnya dari pandangan mata anda atau buang semua
barang-barang yang dihadiahkan olehnya itu.
10. Percaya kepada jodoh
Jodoh merupakan ketentuan daripada Allah S.W.T., kita sebagai
hambanya mampu merancang tetapi perancangan yang paling sempurna adalah
dari Allah S.W.T. Anda perlu percaya kepada jodoh, sesungguhnya jodoh
itu pasti datang tanpa dicari dan jodoh itu mungkin pergi walaupun
dicari. Terimalah hakikat bahawa dia bukanlah lagi jodoh anda.
yang number 10 ni aku sokong, kalau dia memang jodoh kita, berpisah lautan api sekalipun tetap akan bersatu jua bah. so, jangan risau. :) percaya pada itu. kalau bercinta 10 tahun pun kalau tak ada jodoh tak ada guna jugak kan? so, terima apa ada aja yang berlaku dengan hati yang tenang. INSYA ALLAH ada hikmah disebalik semuanya.
okay itu sahaja untuk hari ni. TATA :D
yang number 10 ni aku sokong, kalau dia memang jodoh kita, berpisah lautan api sekalipun tetap akan bersatu jua bah. so, jangan risau. :) percaya pada itu. kalau bercinta 10 tahun pun kalau tak ada jodoh tak ada guna jugak kan? so, terima apa ada aja yang berlaku dengan hati yang tenang. INSYA ALLAH ada hikmah disebalik semuanya.
okay itu sahaja untuk hari ni. TATA :D
4 si Katak:
xz
nak brkonsi sdkit luahan hati, dulu saye suke mainkan prsaan wanita,jumlahnye enthlah, x trkire, tnpe sdikit pon rase kasihan , sedih, smua x trase ape2 ,rase mcm hobi,sejak dari zaman persolahn , zaman universiti hingga zaman pekerjaan
mule berknalan dgn seorg gadis kadazan dusun , sabah, terase lain, hati nie yg dlu ckup keras boleh mnjadi amat lembot,kasih lebih dari diri sendri,cume allah sahaja yang tahu bagaimana.
buat prtame kalinye hati di dikecewakan , mungkin nie balasn dari dosa2 yg saya buat
wan saba eh. ia semua dugaan :)
Post a Comment