CINTA

by eqahashim
Afina adalah seorang gadis yang bertubuh kecil dan sedikit pendek. Dia seorang yang sangat aktif dan suka bergaul dengan orang sekeliling dan cepat marah. Walaupun begitu, dia juga seorang yang sangat nakal dan berkawan dengan ramai lelaki. Afina suka mempermainkan perasaan lelaki kerana dia tidak percaya pada lelaki. Walaupun dia sayang dengan seorang lelaki itu, pun dia tidak akan percaya pada mereka. Sehinggalah dia menerima cinta yang lama dia tunda dari seorang kawan bernama Irfan. 

Irfan telah lama menyimpan perasaan terhadap Afina. Afina tahu tapi dia tidak mahu dan tidak suka sama sekali dengan Irfan. Kesian Irfan tetapi dia tidak pernah putus asa. Irfan sangat mengambil berat tentang Afina walaupun Afina tidak pernah melayan karenah Irfan. Irfan tahu yang Afina tidak akan menerima cintanya tetapi apa salahnya dia mencuba.

Irfan tahu setiap aktiviti yang Afina sedang buat. Semua rutin harian Afina dia sangat titikberatkan. Afina tidak pernah tahu yang Irfan selalu mengintip dia. Bukannya dia tidak tahu, dia memang tidak kisah pun dengan Irfan. Pun begitu, Irfan masih tidak putus asa dengan Afina. Afina memang sombong pada masa itu sebab dia memang tidak layan orang sebarang.

Sehinggalah pada hari jadi Afina yang ke 16 tahun. Afina mula jatuh cinta dengan keprihatinan Irfan dengannya. Benar! Setiap kali Afina ada masalah, Irfan sentiasa berada dengannya walaupun banyak masalah yang melanda. Afina benar-benar sudah jatuh cinta dengan Irfan tetapi dia tidak mahu mengaku. 

Pada hari sukan, mereka mula rapat dan Afina dan Irfan berjanji untuk menggunakan warna baju yang sama. Afina benar-benar sudah jatuh cinta dengan Irfan pada saat itu. Dia dan Irfan memang sudah macam pasangan kekasih. Afina bertanya sendiri "adakah dia perasan yang aku suka padanya?" tapi tiada jawapan untuk soalan itu tetapi dia tidak pernah rasa bahagia seperti itu.

Suatu hari, Irfan mengajaknya keluar bersiar-siar. Kebetulan pada hari itu, Afina tidak membawa kunci rumah, jadi dia pun pergi bersiar-siar bersama dengan Irfan. Hati Afina berbunga-bunga ketika itu. Pada saat itu, Afina merasa dunia ini dia yang punya. Irfan pun bertanya dengan Afina siapa gerangan yang berada di hatinya. Afina hanya mampu tersenyum dan hanya menjawab dengan gurauan. Irfan merajuk lalu duduk di tengah jalan. Afina pula menarik Irfan untuk berdiri. Indah!

Mereka terus bersiar-siar. Afina tengah bersms dengan kawannya Aimi. Dia tidak memandang depan apabila berjalan. Tiba-tiba sebuah van hampir melanggar Afina. Nasib baik Irfan menarik Afina dengan pantas. Afina sangat terkejut dan dia yakin yang perasaan itu memang ada untuk Irfan tetapi dia tidak berani untuk menberitahu Irfan.

Keesokkan harinya, Afina memberanikan diri untuk memberitahu Irfan yang dia memang mencintai Irfan. Irfan pun sangat gembira apabila dapat tahu yang Afina juga mencintainya. Mereka pun menjadi pasangan kekasih pada hari tu. Tiada gambaran yang dapat menggambarkan perasaan Afina pada saat itu. Tidak pernah dia merasakan cinta sebegitu.

Mereka selalu bersama tak kira susah dan senang. Kalau ada masalah mereka akan selsaikannya bersama. Terlalu banyak janji yang telah mereka ungkapkan. Irfan dan Afina bahagia bersama. Mereka yakin akan hubungan mereka ini. Irfan pun tahu yang Afina tidak suka ditipu, dicurangi dan dia tidak suka lelaki yang merokok, Irfan memberitahu Afina yang dia bukan jenis lelaki yang begitu. Afina sangat percaya dengan Irfan. Dia menyayangi lelaki itu seadanya. 

Dua tahun sudah berlalu, banyak perkara sudah berubah. Irfan pergi sambung belajar di negeri orang. Afina pun belajar juga tapi masih berada dekat dengan kawasan kediamannya. Benar! Situasi mereka semakin hari semakin teruk. Mereka selalu bergaduh. Mereka mula lupa janji mereka. Mereka dah tak sehaluan. Mungkin jarak mereka menyebabkan mereka begini.

Kesian Afina kerana Irfan semakin hari semakin melupakan dia. Tiada lagi kata cinta yang selalu mereka ucapkan. Tiada lagi panggilan telefon dari Irfan. Afina terkaku. Mana pergi cintanya terhadap Afina dulu. Irfan seolah-olah terikut dengan perangai kawan-kawannya. Afina rasa dipermainkan apabila dapat tahu yang Irfan merokok. Mana janjinya dulu? 

Afina cuba memperbaiki keadaan tetapi Irfan selah-olah tidak kisah. Afina semakin putus asa dengan hubungan dan perasaan ni. Tambahan pula, Afina mudah terpengaruh dengan bisikan orang-2 sekeliling. Bukan Afina tidak percaya pada Irfan. DIa percaya dan sangat setia pada Irfan. DIa tidak pernah sesetia ini dalam perhubungan.

Afina menjadi resah. Tambahan dengan kondisi kesihatannya yang semakin merosot, bergaduh dengan teman sebilik, Afina seolah-olah kehilangan semuanya pada masa yang sama. Dia rasa terbeban. Dia sangat memerlukan Irfan pada saat begini tetapi sayang. Dia telah meninggalkan Irfan tetapi Irfan hanya berdiam diri tanpa khabar.

 Afina sudah tidak berdaya lagi. Hari-hari dia akan menangis. Tiada siapa tahu. Yang menyedihkan tiada siapa tahu tentang penyakit yang dihadapinya. Benar! Tiada siapa pun. Biarlah ia menjadi rahsia. Seiring waktu, Afina berdoa agar dia berasa kuat tanpa ada siapa mempimpinnya. Tambahan pula peperiksaan semakin hampir.

Afina pasrah. Dia tahu ada hikmah disebalik segalanya. Dia tetap menunggu Irfan walaupun Irfan sudah banyak berubah, dia menunggu Irfan untuk memujuk hatinya. Dia hanya inginkan Irfan untuk mengembalikan semangatnya. Dapatkan Afina bertahan dengan semua ini? Dia berdoa dan terus menunggu dengan hati yang hancur dan sakit sebab Afina tahu, ini bukan salah Irfan semuanya tetapi salahnya juga.


Karya,
DYG HAFIQAH

*cerita ni tak complete dan eiqah potong2 juga jalan ceritanya. Maaf sekiranya kurang menarik sebab ia tidak menarik sama sekali. 

Enjoy reading? Please Leave Ur Step. Thank You^^

2 si Katak:

Khalilah on October 8, 2012 at 4:28 AM said...

Adik tulis novel eh? Nice... Bakat mmg perlu di asah. Akak follow kamu~ ;)

eqahashim on October 13, 2012 at 12:25 AM said...

tulis tapi tak habis. hee

Katak Setia :*