Telefon bimbit
hanya mampu ditenung. Qisya hanya mampu terdiam.
Tanpa disedari air matanya
mengalir sejurus dia membaca
pesanan pendek daripada Azmil. Tiada kata yang mampu diucap ketika
itu. Qisya pasrah. Apa inikah pengakhiran
kisah cinta mereka? Qisya hilang kata-kata. Hanya
air mata sahaja yang
menjadi peneman setia ketika itu. Tanpa disedari telefon bimbit
tersebut jatuh ke lantai.
“Qisya? Kenapa ni sayang?” tiba- tiba
kedengaran suara Shima di mulut pintu kejut mendengar bunyi hentakan
telefon tersebut.
“ Ab.. Abang Az.. Azmil mak.” Qisya mula bersuara.
“Kenapa sayang? Gaduh lagi?” ibunya mula mendakap tubuh kecil anak tunggal
kesayangannya.
“Di.. Dia.. Min..Minta Qisya pu..
putuskan hub.. hubungan ni” kata Qisya
dalam keesakan.
Shima terkejut.
Baru sebulan yang lepas mereka diikat
dengan ikatan pertunangan. Masuk
kali ini sudah tiga kali Azmil minta pertunangan ini diputuskan tetapi Qisya
berkeras dan tidak pernah putus asa untuk memujuk Azmil supaya tidak memutuskan
hubungan tersebut. Kelihatan situasi kali ini agak serius berbanding yang lalu.
Mungkin kali ini Azmil mempunyai
alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka. Kalau tidak
masakan Qisya menangis begitu. Setahunya
Qisya tidak pernah menangis
seteruk ini sebelum ini. Tiba-tiba
muncul perasaan kurang senang di
benak hati Shima. Shima memeluk
erat tubuh Qisya.
“ Sayang, dah-dah. Jangan
menangis macam ni. Hilang seri anak mak ni. Mungkin Azmil masih tertekan dengan
kerja dia sayang. Sya sabarlah ya. Besok lusa eloklah dia tu.” Kata Shima cuba
memujuk Qisya.
“ Tak mak. Kali ni situasinya
lain mak. Sya rasa Sya tak sanggup nak teruskan lagi hubungan ni mak. Sya.. Sya..
tak sanggup mak. Sya..” tiba-tiba Qisya diam.
“ Ab.. Abang.. Az.. Az.. mil..
ke.. na tan.. tan.. tangkap kha..
khalawat mak”
Shima mengucap. Entah kenapa hati Shima berdebar-debar
apabila Qisya mengungkapkan kata itu. Shima jadi tidak senang hati. Bukan dia tidak pernah melihat anaknya
menangis. Cuma dia tidak pernah melihat anaknya menangis seteruk ini. Hatinya menjadi sayu. Dia tidak menyangka
perkara sebegini akan berlaku. Dia tidak sanggup melihat anaknya menangis
begitu. Apakah dia salah kerana
membenarkan Qisya bertunang dengan lelaki itu. Walaupun dia tahu anaknya sangat
mencintai lelaki itu tetapi sejak pertama
kali Qisya membawa Azmil ke
rumah hatinya rasa sangsi dengan pemuda itu.
Shima mendakap erat tubuh
Qisya. Qisya menangis dalam pelukan ibunya. Malam itu Shima mememani Qisya
sehingga Qisya tertidur. Sekilas dia kasihan melihat nasib anaknya itu. Mungkin
Azmil bukan lelaki yang terbaik untuk Qisya. Mungkin juga Qisya tidak layak
untuk lelaki buaya darat
itu. Orang bandar mana setanding
dengan orang desa bisik hati Shima.
ENTAH kenapa hati Azmil berasa
tidak senang malam itu. Dia merasakan seolah-olah ada perkara yang akan melanda
dirinya. Sudahlah telefon bimbitnya pecah. Perasaan bersalah juga menyesal
timbul saat itu. Sejak dia dan Qisya bertunang, hubungannya dengan gadis itu
agak dan semakin rumit. Ada sahaja masalah yang timbul. Semuanya gara-gara
dirinya sendiri. Ya ALLAH, KAU tenangkanlah hati hamba-MU ini. Aku telah
melukai hati seseorang yang aku sayang, yang aku cinta tapi aku terpaksa ya
ALLAH. Aku hanya hamba-MU yang jahil.
Azmil mengeluh. Telefon bimbit
berjenama Blackberry Curve 8700 dicapai. Walaupun sudah pecah tanpa kawalan
namun Azmil cuba untuk membuka telefon bimbit tersebut. Gagal! Azmil mengeluh
sekali lagi. Dia menghempaskan tubuhnya
di atas katil.
“ Maafkan abang sayang.” Bisik
Azmil sendiri ketika melihat gambar Qisya di sisi meja.
Tanpa disedari air matanya
mengalir. Betapa dia menyayangi gadis tersebut. Qisya seorang gadis yang sangat
periang, manis lagi ayu. Sukar juga untuk Azmil melepaskan gadis yang bernama
Qisya itu. Walaupun dia tahu dia selalu menyakiti hati gadis itu. Qisya! Hanya
Qisya sahaja yang dibayang saat itu. Betapa bertuahnya dia mempunyai tunang
yang sangat menyayanginya dan mengambil perhatian yang cukup untuknya.
Sekilas peristiwa petang tadi muncul di
kotak mindanya.
SEMUA kertas kerja yang perlu
dihantar sudah siap. Azmil menyusun kertas tersebut dengan susunan yang betul.
Semua dokumen-dokumen yang penting diteliti dengan penuh perhatian. Dia melihat
jam tangannya. Pukul 7.30 malam? Agaknya semua pekerja sudah pulang. Inilah
kesempatan yang sesuai untuk kerja `overtime’ fikir Azmil. Sedang Azmil khusyuk
membuat tugasan yang belum selesai pintu bilik tiba-tiba diketuk.
“Siapa pulak yang datang
tengah-tengah malam macam ni?” Azmil bertanya dengan diri sendiri.
Dia melihat jam pada dinding
sekilas. Betul. Jam tangannya tidak silap. Pintu itu diketuk lagi tetapi kali
ini pintu itu terus dikuak.
“Selamat petang Az. You tak balik
lagi ke?”
“Lisa? Apa yang you buat dekat
sini?”
Azmil benar-benar terkejut dengan
kehadiran Lisa di situ. Sangkanya pembantu perbadinya sudah pulang kerja sejam
yang lalu.
“ Tak adalah. Tadi I tertinggal
task I yang I perlu hantar esok dengan you tu. Tapi sampai je sini I tengok
lampu bilik pejabat you masih terbuka, I fikir you lupa nak tutup so I terus je
la masuk sini. Hmm. Tak sangka pulak I
you masih dekat sini.”
Azmil terdiam. Dia hanya
menganggukkan kepala dan meneruskan tugasannya. Sebenarnya, dia sendiri kurang
senang dengan pembantu peribadinya itu. Sejak papa mengenalkan Lisa kepadanya,
dia berasa sangat asing dengan wanita itu. Lisa merupakan wanita yang ingin
dijodohkan kepada Azmil oleh papa. Azmil berkeras untuk menjadikan Lisa sebagai
isteri kerana Lisa seorang yang sangat up
to date. Sehingga dia pernah bergaduh dengan papa kerana dia tidak mahu
menjadikan Lisa sebagai isteri. Akhirnya papanya hanya mampu mengalah dengan
Azmil kerana dia tahu Azmil tidak suka dipaksa.
“Hello?” tetiba Lisa duduk di hadapannya
sambil melambai-lambaikan tangannya.
“ You tak balik lagi ke? Dah lambat
dah ni. Tak manis you duduk lama-lama dengan I dekat sini. Lagipun I ni
tunangan orang. I think you better go now before someone see us.”
Azmil mula rasa tidak sedap hati
dengan kehadiran Lisa di pejabatnya itu.
“ Relax Az. There’s no one here.
Lagipun tunangan you pun tak ada dekat sini. There’s nothing to be afraid of
Azmil.” Kata Lisa dengan nada yang agak menggoda.
Lisa bangun dari tempat duduk
lalu menghampiri Azmil. Azmil tidak menyedari kerana dia masih sibuk
menyelesaikan tugasan yang teranggala itu. Tiba-tiba terasa ada seseorang yang
memeluknya dari belakang.
“ Hey Lisa! What the hell are you
thinking you were doing just now?”
Azmil berdiri lalu menolak Lisa
jauh darinya. Dia benar-benar terkejut dengan kelakuan Lisa sebentar tadi. Baru
sahaja Azmil hendak keluar, tangannya ditarik oleh Lisa.
“ Wait! I need to tell you
something. Please Az. Let me talk to you just for a second.” Rayu Lisa.
Azmil tidak menoleh tetapi tanpa
dia sedar tindakan yang dilakukan oleh Lisa tadi diperhatikan oleh beberapa orang berpakaian
putih.
“Assalamalaikum” kata salah
seorang daripada mereka.
Azmil hilang kata-kata. Peluh
bujangnya keluar dengan pantas. Dia benar-benar buntu ketika itu. Apa yang
harus dia lakukan.
Papp!! Serta merta lamunan Azmil
lenyap. Bingkai gambar Qisya jatuh dek kerana angin menyedarkannya dari lamunan.
Sepantas kilat Azmil mengambil bingkai trsebut. Betapa dia kecewa apabila melihat
bingkai tersebut pecah. Hatinya bagai hendak pecah juga. Adakah ini petanda
buruk? Tidak! Dia tidak percaya dengan perkara sebegitu. Dia tidak sanggup
melukai hati gadis itu lagi tetapi mampukah dia bersama dengan Qisya kembali.
Ah! Pelbagai soalan yang bermain di mindanya ketika itu. Azmil pasrah. Dia
benar-benar buntu dengan apa yang dia lalui hari ini. Dia sangat kecewa
terhadap diri sendiri. Hendak dikesal, perkara sudah berlaku. Lantas Azmil menambil
tuala dan terus ke bilik mandi.
Bersambung....
0 si Katak:
Post a Comment