:D

by eqahashim
assalamualaikum wbt.

kehidupan memang macam bukit bukau. pelbagai liku-liku dan halangan. seperti roda yang berputar. kalau kita kat atas, kita jadi orang yang paling bahagia dan gembira saat itu, kalau kita kat bawah, jiwa yang kental dan kesabaran perlu ada untuk kita mengharungi segala kesusahan saat itu.

ya! memang putaran itu akan berjalan dalam kehidupan kita. jangan terlalu angkuh, jangan sombong dengan apa yang kamu ada saat ini. memang Allah telah aturkan semua tetapi kita tidak sedar, manusia akan menyesal tika benda itu dah tak ada lagi dalam kehidupan diaorang. biasalah, selalunya manusia ni suka sangat menyesal pada saat akhir tetapi itu bukan bermakna kita tak perlu berusaha untuk yang lebih baik kan?

pada saya, kehidupan saya memang dah diatur begini, jadi saya mesti redha dengan ketentuan-Nya. tak guna nak menangis, tak guna nak mengharapkan orang lain. mereka tak akan faham. dalam satu waktu saya harus menghadapi segala benda yang aku tak pasti bila akan berakhir.

biar saya jelaskan :)


KELUARGA
aku tak tahu nak mulakan tetapi aku sangat merindui mereka. aku sangat menyayangi mereka. dengar khabar keluarga aku ada masalah. sedih bila aku tak dapat bersama mereka saat ini. sekali lagi masalah sebegini menganggu fokus aku untuk meneruskan kerja dan pelajaran aku tetapi aku tak boleh jadikan ia sebagai satu beban. aku tahu mereka juga tak berniat untuk menganggu latihan aku. haiz. tambahan pula ninek aku berada di ICU dan keadaannya sukar untuk aku gambarkan. alhamdulillah, sekarang keadaannya lebih baik dari hari semalam. cuma aku sendiri tak pandai nak gambarkan :/  aku doakan semoga semua baik-baik sahaja. aku akan sentiasa ada disini jikalau memerlukan :) saya sayang mereka!



KAWAN
mereka inspirasi aku. saat aku kesedihan, saat aku ingin menangis, mereka boleh menceriakan hari-hariku even mereka tak tahu apa sebenarnya masalah aku. sorry. aku tak dapat nak jelaskan. terlalu sukar terlalu sulit :) biarlah waktu yang menentukan. korang memang de Bestlah. siap kita menari K-Pop bersama-samakan kat treatment room. i won't forget that. aku sayang korang. mungkin aku sensitif, mungkin aku mudah terasa, tapi ia tak akan lama dan tak pernah berbekas kat dalam hati aku ni. sumpah! maafkan aku jika kadang-2 aku terlalu emosi. mereka tahu aku cepat marah tapi mereka tetap ada bersama aku. maafkan aku. you all the greatest :)



KEKASIH
selamat sejahtera cinta. awak tahu saya sangat mencintai awak. ia tak mungkin berubah. sampai bila-bila saya tetap akan tunggu awak sebab saya yakin dengan KITA. biarlah doa menjadi pengukuh cinta ini. saya tak kisah kalau awak tetiba jadi begini. ia mungkin memang salah saya. saya minta maaf. betu-betul minta maaf. adakah ini balasan saya? tak apalah. saya sangat merindui awak. tiada kata bisa mengambarkan segala perasaan saya ini. terlalu banyak benda yang saya nak kongsikan dengan awak. hm. tak apalah awak, biar awak settlekan segala urusan awak. ingat, saya kat sini tetap milik awak, tetap tunggu awak. awak tahu tu kan? yes! i love you too :*


EIQAH :D
dear diri sendiri. sampai bila kau nak macam ni? kau tahu, diri kau lebih berharga. aku tak nak cakap lebih nanti rahsia pecah. hihi :P selamat untuk semua. solat jangan lupa! TATA!
 

Enjoy reading? Please Leave Ur Step. Thank You^^

0 si Katak:

Katak Setia :*