ALLAHU~

by eqahashim

ALLAH tak akan menguji hambaNYA
jika DIA tidak sayang
DIA hantar malaikat Jibril untuk memberi dugaan
kerana DIA rindu rintihan hambaNYA itu
kenapa perlu risau?
kenapa asyik nak mengejar dunia?
kenapa masih persoalkan benda yang belom pasti?
biarkan mereka meperlakukan kita begini
biarkan mereka menghukum kita begini
siapa kita ingin melawan mereka?
kita sendiri tiada hak untuk menghukum mereka
biarlah mereka ketawa tika kita rebah
jangan lawan mereka, mereka bukan siapa2
mereka tiada hak dalam hidup kita
biarkanlah mereka terus menjatuhkan kita 
biar saja ALLAH tahu kebenaran sebenar
ALLAH sedang menanti kita meminta bantuanNYA
kenapa kita kejam dengan diri sendiri
sedangkan ALLAH tak pernah sisihkan kita
kenapa nak rasa tersisih dengan manusia
manusia yang memang ternyata masih zalim
mereka terlalu mengejar dunia, dan pentingkan diri
kita merayu sekali pun mereka tak mungkin faham kita
menangis sekalipun mereka takkan peduli
mereka tak nak kita, kenapa kita masih mencari mereka
mengapa masih menanti kehadiran mereka?
janganlah kita melawan mereka tiada kuasa yang lebih berkuasa dari kuasa ALLAH
yakin sahaja dengan ketentuan Ilahi, jangan mengeluh
mungkin terasa berat bebanan ini tetapi inilah masa kita untuk berubah
berubah untuk menjadi lebih kuat dan lebih baik daripada semalam
menyesali perbuatan yang zalim yang pernah kita lakukan
menginsafi segala dosa2 yang dulunya menguasai kita
kita sesat, kita khilaf, kita kerdil
jangan rasa diri kita ini lebih hebat dari segalanya
walau kita berjaya sampai ke puncak gunung sekalipun
jangan pernah lupa siapa kita, dari mana kita bermula
sebak, Ya Allah sungguh hati ini merindui kasih sayangMU 
aku pun manusia aku pendosa aku zalim
tapi aku mencuba untuk kearah yang lebih baik
aku ingin terus menuju ke jalan ALLAH
aku ingin MATI dalam keadaan yang diredhai
aku sedar, dunia semakin tua, masa itu pasti tiba
jika begini takdir aku, aku terima, aku rela sendirian
biar mereka puas, aku ingin memberi sepenuhnya cintaku kepadaMU
kuatkanlah hatiku yang sentiasa lemah
terimalah aku utk menjadi hambaMU
sesungguhnya hati aku masih lemah 
selemah imanku ini
sekuat manapun aku cuba elak 
aku akan terus melakukan kesilapan dan kesalahan
ya, aku sedar, sukar tapi aku akan sentiasa mencuba 
dan akan terus belajar dari semua kesilapan lalu
moga Allah memberkati semua kita serata alam 

Enjoy reading? Please Leave Ur Step. Thank You^^

0 si Katak:

Katak Setia :*