kau rasa, kau rasa pahit!

by Dayang Hafiqah

hidup ini terlalu indah untuk kau nak buang masa fikirkan sesuatu yang tak patut pun kau fikir. yala, untuk apa kau nak kejar sesuatu yang memang bukan hak kau. sesuatu yang memang tak inginkan kau. untuk apa pulak kau nak paksa sesuatu yang tak nak pun kau ada kaitan dalamnya dan untuk apa kau terhegeh hegeh kalau tak ada pun yang sudi. kau sebenarnya berhak dapat yang lebih baik elok rupanya. kau nak buang masa untuk apa?? buang air mata kau saja kalau kau bersedih untuk sesuatu yang sebegitu rupa. kalau kau merayu banyak kali pun tak ada guna, kalau itu bukan milik kau hak kau memang tak guna ja kau bertindak macam tu. diri tu kena tabah sikit berpendirian sikit boleh? biarlah ia pergi bukan kau tak nak usaha tapi kau dah berusaha sebaik dan sekerasnya, apa kau dapat? tak ada apa kan? baik kau pergi jaoh jaoh dan jangan datang dan muncul lagi. ya, memang la sedih, kecewa dan macam macam kau rasa tapi kau tak dapat paksa benda tu berlaku kan? sebab itu bukan hak kau, jangan ganggu hak orang boleh? kalau kau dapat pun kau rasa kau bahagia ke? kau dapat tak ketenangan?

ya, memang la semua orang kat dunia ni nak bahagia, nak disayangi, nak dihargai, nak di ambil perhatian, tapi jangan la smapai nak mendesak orang paling paling terok pun jangan la ganggu hak orang dan jangan la suka sangat ambik kesempatan atas kesempitan orang lain. kau pernah tak pikir ke kalau kau buat orang macam tu, suatu hari nanti orang akan buat balik dekat kau macam tu, kau nak? kau nak tak rasa apa yang orang lain rasa? mesti tak nak kan? jadi jangan la ikutkan sangat kehendak hati kau yang memberontak tu, jangan kau nak ikutkan sangat perasaan kau yang tak masuk akal tu. jangan pentingkan diri sangat. nanti makan diri sendiri baru kau rasa kot.

aku cuma cakap apa yang aku rasa saja. kau terasa ke tak lantak kau la. bukan apa, perjalanan hidup kau masih panjang la sahabat saudari. cara kau tu seolah olah kau terdesak sangat. jangan disebabkan cinta kau kat manusia kau lupa pulak cinta kau dengan ALLAH. jangan dipersoalkan apa yang dah berlaku. kalau kau solat 5 kali sehari tak tinggal sekali pun, kalau kau masih tak tenang pun takda gunanya. memang diri kau la yang ada masalah. ubah sikit perangai tu kalau tak dapat gak kawal laa, tak pun paksa jugak even rasa tak dapat, lama2 kau akan 'follow the flow'. tak ada guna gak kalau kau asyik nak menghendap dari belakang macam tu. tak elok tau. tikam orang dari belakang buruk padahnya. kalau kau tak puas hati meh sini cakap terus dan terang biar sama2 jelas! senang cerita. yang sekarang ni kau diam diam pas tu bash orang tu ingat molek sangat eh? 

kalau kau nak bandingkan hidup aku dengan kau sampai bila bila pun kau tak akan nampak apa perbezaan dan persamaan. kita memang jauh beza dan tiada langsong sama itu memang dah terang terang. kau memang kau. aku memang aku. memang tak ada masalah, jangan pulak kau cari masalah dengan benda macam ni. tak ada masa jgak kot aku nak kawal kau. hidup kau memang terang terang kau sendiri yang tentukan. siapa aku? aku tak kenal pun kau siapa, apa pulak aku nak kawal hidup kau? aku penting ke dalam hidup kau sampai kau boleh pikir mcm tu? ALHAMDULILLAH la kalau aku ni wujud jugak dalam hidup kau. hihihi~ ada jgak orang yang fikirkan aku kan? yeah. terasa diri ni dihargai la pulak. zzzzz~

lagi satu kan buat apa kau nak sedih sedih if kau automatik jadi yang second, kau sendiri nak diri kau disayangi oleh insan yang memang dah nyata bukan milik kau. kau sedih sekali pun buat apa? kalau dah memang nyata sekali dia cari kau masa masa tertentu saja n buat kau happy gedabak pastu tinggalkan kau macam tu saja kau masih nak jugak? hello baby, stop acting like a child! this is real life! bukan cerita dalam novel o drama rite? kau cantik, jangan biarkan diri kau dipermainkan oleh perasaan macam tu. yala, aku faham aku pun perempuan jugak. jangan susahkan diri kau sendiri dan jangan cari masalah dengan diri sendiri sebab perasaan kau yang ingin disayangi tu. stop being a attention seeker boleh? tak kesian ke dengan diri sendiri! sedih pulak aku tengok kau macam tu dik, sebab tu la org cakap jgan bercinta masa belajar. macam ni la jadinya. lagi lagi kalau dah jauh permandangan yang kau tengok. 

girls, u deserve better than this, stop la acting like this! tak best tau. jangan jadikan orang lain cabaran kau. biar kau cabar diri sendiri! buat benda yang kau sendiri tak suka. lawan sikit perasaan tu. kau wanita terindah, ALLAH dah cipta elok dah. ALLAH sayang kau lebih daripada lelaki2 yang tak tahu nak hargai rasa yang kau ada, yang tak faham kau langsong. jadi aku nasihatkan kau better kau ubah sikit pemikiran kau. elok dah belajar pandai2 tinggi2 tapi rapuh sebab cinta, mana pergi semangat tu? kebahagian kat dunia ni sekejap ja tau. kau nak harapkan apa dari manusia? semua kat dunia ni sementara. tak mungkin kekal pun, hati kau sendiri pun kekadang kau hilang betol? kau nak harapkan apa pulak, memang laa kahwin tu harus dalam ISLAM, jangan la risau bab tu, ALLAH dah aturkan semua untuk kita semua. INSYA ALLAH kau akan jumpa juga kebahagian menuju ke jalan ALLAH bersama insan yang benar2 sayang dan hargai kau.

kau nak tahu macam mana contoh terdekat jodoh kau? dia lebih kurang macam kau, sama macam kau, hati dia sama macam kau tak semestinya seiras wajah kau tapi itu pun boleh a di kira masuk sekali. sebab apa? ALLAH dah janjikan semua tu, dan ia pasti. kau tulang rusuk dia, dia akan jumpa kau jugak. cinta tak semestinya perlu dicari, biar ia datang, datang sendiri cari kau. ALLAH akan satukan hati mereka even jauh mana pun berada. kau kena percaya dan yakin dengan diri kau, dengan ALLAH swt. DIA tahu yang terbaik untuk kau. 

aku pun wanita. aku pun perempuan. tapi aku adalah aku. aku tak nak pun jadi kau! tak ingin sama sekali. jangan la cubit aku dari jauh macam tu. memang la rasa sakit. kena faham perasaan insan lain. aku tak marah, aku tak mungkin pasang dendam dengan kau. aku maafkan kau kalau kau ada tersakitkan hati aku. mungkin cara aku ini jugak kot kekadang buat kau bengang, atau kau rasa bersalah dengan aku? aku mohon maaf la kan. aku tau kau budak lagi. tak apa, nanti kau rasa la arus tu belalu. cakap pun tak ada guna, hahaha. okay la. selamat membaca. jangan paranoid sudah. XOXO :D

Enjoy reading? Please Leave Ur Step. Thank You^^

0 si Katak:

Katak Setia :*