untuk menghadapi situasi yang di luar jangkaan, kadang kadang hati kena sado, kuat dan bersedia. dalam satu saat saja apa yang dijangka berubah dalam sekelip mata. yalah, siapa kita untuk menidakkan sesuatu. benda dah jadi apa nak buat, yang penting kita cuba ambik iktibar dari apa pun perkara yang berlaku. jadikan salah satu kisah sebagai pengajaran, bawa tiap kali kita bawa diri. diri ni mudah tersasul, kadang lupa diri. jadi dalam apa pun kejadian, jadilah sado. sado dari segi mental, fizikal dan emosi. tak susah pun sebenarnya, nawaitu je kena ada. jangan terlalu selesa dalam kehidupan, jangan mudah sombong, jangan lupa diri, apa yang ada kena syukur dan guna sebaiknya, Allah bagi mungkin sebab nak uji kita je, semua kat dunia ini ujian bagi kita, itu pun manusia tak faham juga. sedih tapi inilah hakikat manusia. pesan aku jangan dah terhantuk baru nak sedar. bagi aku senang, jangan sombong sedikit pun, sekarang tengok apa jadi? itulah apa yang dah terjadi ambil sebagai pengajaran untuk diri sendiri sebab itulah kita berpeluang untuk lihat perkara begitu. Allahu, terima kasih Allah. mohon dijauhkan dari diri dan insan yang disayangi. satu lagi, jangan terlalu berharap pada manusia. manusia ini biasalah. tak kenal pun diri sendiri apalagi diri orang lain. jadi, selamatkan diri sendiri dari diri sendiri sebelom orang lain makan diri kita pulak. faham? nak berjaya, nak bahagia, nak senang semua datang dari diri sendiri, dari usaha diri sendiri, apa yang kita perlu cuma nak kongsi semua tu dengan orang lain, dengan insan yang kita sayang dengan insan yang kita ambik berat. bagi aku, aku nak insan tu bahagia sebab punya aku, cuba untuk bangkit dan berjaya dalam apa pun aku buat. mungkin sukar untuk capai bersama tapi sekurangnya insan tersebut dapat rasa apa yang aku rasa, apa yang aku cuba sampaikan untuk dia, apa yang aku cuba buat dia rasa. insan yang aku sayang pasti gembira dengan apa yang aku lakukan dalam hidup walaupun kadang tak dapat nak sambut kejayaan bersama. cukuplah aku kongsi bersama, itu sudah cukup, tak perlu nak ada sepanjang masa, cukup aku cuba kongsi walau dari jaoh, walau kadang tak dapat nak ungkap dengan kata, walau tiada kata kata pun yang disampaikan dan tak dapat nak bagi ucapan panjang dan ringkas tapi cukuplah bagi aku, begitu juga aku harapkan dia lakukan untuk aku, tak apa, Allah ada bersama, malaikat pun ada untuk sampaikan segala rasa yang ada. biar perit sakit dan pedih aku tahan sendiri yang penting tetap sado untuk kongsi! kena positif selalu. doa dan tawakal dalam apa pun keadaan, jangan mudah mengalah. selagi kita masih punya nafas untuk melihat hari esok, selagi itulah harapan masih ada. jangan cepat sangat putus asa, kita tak tahu jawapan yang kita cari dan kita harapkan selama ini akan terjawab. Insya Allah. Allah kan ada, minta kat Dia, Dia tahu apa saja yang terkadong kat dalam setiap hati kita. jatuh bangkit kerana Allah. tiada alasan untuk itu. baiklah eloklah aku habiskan coretan aku ni. lewat dah. Insya Allah panjang umur kita bersua lagi. moga kita sentiasa dilindungi dari malapetaka dan sentiasa akan dirahmati Allah. walaupun apa berlaku tetap sado walau dari hati, okay?
salam sayang dari eqahashim :)
0 si Katak:
Post a Comment