malam yang sunyi
memberikan aku satu jawapan
aku tidak pasti
sama ada perasaan ini
harus aku simpan
atau singkirkan
perasaan dan juga kenangan ini
mengapa semua ini harus terjadi kepadaku?
kenapa engkau tegar melakukan ini kepadaku?
apa aku sudah tiada ruang di hatimu?
aku tahu aku bukan siapa-siapa
aku bukan manusia yang luar biasa
aku cuma manusia biasa
yang punya perasaan dan hati yang lemah
adakah kau yakin ini jalan yang terbaik untuk kita?
apakah engkau sudah tidak inginkan cinta ini lagi?
apakah aku bukan yang terbaik untukmu?
adakah engkau sudah bosan dengan cinta kita?
persoalanku menjadi satu tanda tanya sahaja.
sayang, andai ini takdir kita
aku terima seadanya
aku akan pergi jauh darimu
aku akan cuba melupakanmu
walaupun aku tidak mampu
aku akan singkirkan kenangan kita
walaupun sukar untuk aku lakukan
maafkan aku andai aku tidak sempurna
maafkan aku kerana aku masih menyimpan harapan semu
maafkan aku kerana aku masih mencintaimu
maafkan aku kerana aku tidak bisa melupakan semua kenangan kita
biarlah waktu menghapuskan semuanya,
sedikit demi sedikit
biarlah angin menyampai salam rinduku padamu
biarlah kenangan kita terpahat di dalam mindaku
biarlah kata cinta aku ini aku simpan hingga sampai waktunya nanti
didalam aku melupakanmu aku
aku juga akan menunggumu
sesungguhnya selamanya aku akan mencintaimu
sesungguhnya aku tidak ingin dicintai dan mencintai lagi
sesungguhnya aku sudah mengaku kalah ~
maafkan aku sekali lagi
0 si Katak:
Post a Comment