seperti tidak percaya ! sekadar berkongsi :D

by eqahashim
assalamualaikum wbt

direct to the point terus saja ye :p
percaya atau tidak, eiqah dah mulakan proses mengecilkan uniform kerja eiqah
seperti tidak percaya tau, eiqah kena kecilkan 2 inci di bahagian pinggang
dan begitu juga seluar uniform tersebut

macam tipu saja eiqah mengurus macam tu
kira target eiqah dalam masa 2 bulan ni tadi tercapai la kan
giler tak hepi sangat dan tersangat la hepi
alhamdulillah dan eiqah bersyukur sangat :D
weee~

korang bayangkan berat badan eiqah masa eiqah attach dekat Agape
eiqah timbang dengan kekawan 64kg!!
korang bayangkan! eiqah ni da la pendek 149cm saja!!!
tapi masih dalam usaha lagi nak kurangkan
minggu ni belom timbang lagi
wooo~

dan korang bayangkan berat badan eiqah dah 50.8kg!
itupun last eiqah timbang. hmm
sampai sekarang eiqah tak percaya! fuhh
kira cara diet dan aktiviti sukan yang eiqah amalkan berkesan la ni
dan yang paling penting eiqah akan kira bilangan kalori yang eiqah ambil dalam sehari
hmmm, mula memang tak biasa dan lama lama selesa pulak dengan semua ni

tapi eiqah berpuas hati sangat dengan perubahan yang eiqah alami ni
kawan kawan dan ahli keluarga semua puji dan terkejut dengan perubahan eiqah
dan paling eiqah tak suka dengar bila diaorg cakap eiqah guna sesuatu untuk kuruskan bdan
hmm. maklumlahkan sekarangkan produk banyak dijual
pandai suka dieorg je cakap macam tu, tak suka means tak suka 
sebab eiqah tak guna pun -.-

tak apa janji eiqah dah berpuas hati dengan diri sendiri
dan objektif eiqah tercapai dan berjaya
seronok betul! yeahh!
tahniah untuk diri sendiri! tepuk tangan**


dan dan dan
inilah gambar eiqah sebelum ni
comel memang la comel
tapi orang cakap badan eiqah memang berisi masa ni
baju pun sendat dan seluar ia ketat
dan mereka salu tanya 'bila lagi kau nak kurus Qah?'
eiqah salu jawab 'nanti ada suatu masa'
jeng jeng jeng :p

dan bila ingat balik
memang boleh tahan berisi jugak eiqah dulu. fuh!



dan ini pula gambar yang eqah baru snap semalam
ada perubahan tak korang rasa?
mungkin tak nampak sebab eiqah cuma focuskan di bahagian muka kot
tapi kalau ada kesempatan eiqah ambil full body eh
tunggu ada org yg sudi snap pic eiqah ni. lalala**

aaaa, baju uniform ni eiqah baru dikecilkan
sambil sambil tu eqah snap
aha. wajah pun makin berseri dan ceria
weee~

kalau korang nak tahu sampai hari ni eqah tak percaya
macam mimpi saja
ehem, tapi badan eiqah yang cepat turun ni boleh jadi cepat naik balik
so, eiqah kena kawal cara pemakanan dan bersenam sikit
at least dapat mengeluarkan peluh
hee

bagi kawan-kawan yang cuba untuk kurangkan berat badan tu
korang kena la bersungguh-sungguh
kalau niat dah ada kena la usaha kan?
kena la disiplinkan diri korang betul betul 
dan yang paling penting kena tukar menu harian kepada yang lebih seimbang
minum banyak air kosong ya! 2 ml hingga 3 ml sehari
insya Allah anda akan berpuas hati

kalau saya boleh, anda pun boleh :D

okay la, setakat ini sajalah eiqah nak kongsi
kalau ada jodoh kita jumpa lagi ya
xoxo

Enjoy reading? Please Leave Ur Step. Thank You^^

0 si Katak:

Katak Setia :*