aku?

by eqahashim

                                     

ya Allah ya Rabbi ya Tuhanku,
Hati ini hanya satu objek yang lemah. aku tahu. Perasaan ini hadir juga kerana Engkau telah izinkan ia hadir. Rasa ini ada kerana Engkau tahu ia terbaik untuk aku rasa dan jika benar rasa ini menuju kepadaMu, ku terima dan aku rela menahan segala rasa sakit pahit perit dan pedih ini. aku percaya padaMu dan aku juga yakin dengan aturan hidup yang telah Engkau aturkan untukku. Biarlah aku terus didik dan terus simpan rasa hati dan perasaan aku ini, aku rela kerana aku rasa aku sentiasa dekat padaMu. Juga agar aku tidak lupa kewajipan aku sebagai hambaMu. aku yakin ada sesuatu yang sedang Engkau tunjukkan padaku untuk jadi yang lebih baik dari semalam
ya Allah Tuhan Semesta Alam,
Berikanlah aku pentujukMu agak aku dapat berjalan terus mengikut arus yang telah Engkau tetapkan ini. Sungguh, aku takut aku akan jatuh semula. aku takut semangatku hilang semula. aku takut aku sesat semula untuk kembali ke jalanMu. aku takut aku lalai dengan nikmat duniawi yang kejam ini. aku takut aku khilaf lagi :(
Berikanlah aku kekuatan untuk aku terus berlawan dan mengawal rasa hati aku sendiri. Jauhkanlah lidahku dari menyakiti hati insan lain seperti mana aku tidak ingin juga disakiti. Lembutkanlah hati aku yang kekadang keras untuk menerima teguran. Izinkanlah hati dan perasaan terus mencintai dirinya jika benar dia memang untukKu dan aku untuknya.
Lapangkanlah dadaku. Tenangkanlah fikiranku. Ringankanlah bebananku. Berikanlah setitis lagi kasih sayangMu agar aku sentiasa melihat keindahan dan keseronokan dalam setiap dugaan yang dibagi.
Ya Allah, jika Engkau membuka pintu aku untuk terus ke jalanMu dan terus menuju kepadaMu, lakukanlah perkara yang sama keatas insan yang terpahat di hati ini. Jagakanlah hatinya dan dekatkanlah hati kami agar suatu hari nanti kami dapat bersatu dan membimbing antara satu sama lain untuk membina masjid atas izinMu dan keberkatanMu. Semoga kami sentiasa berjalan di jalanMu untuk mencapai syurgaMu. Itu saja harapan dan doaku untukmu. Aku ingin dia menjadi imamku dan mengganti tempat ayahku untuk menjagaku kelak.
aku yakin padamu dan aku percaya masih ada peluang kami untuk berubah ke arah kebaikan. Semua keranaMu, hanya Kamu Ya Allah. Yakinilah hati kami





Enjoy reading? Please Leave Ur Step. Thank You^^

0 si Katak:

Katak Setia :*